Cantiknya tawakal Muhammad S.A.W melaksanakan perintah-perintah Allah S.W.T

Betapa hebatnya tawakal Muhammad S.A.W melaksanakan perintah Allah S.W.T

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, 28 September 2013

BACAAN MENGENAI KETOKOHAN BAGINDA SAW YANG PERLU DIJADIKAN TELADAN UNTUK PENGHIDUPAN

Keperluan memahami mengenai Kepimpinan Baginda SAW yakni Muhammad SAW adalah perlu bagi umat Islam. Sesungguhnya, dengan menghayatinya, pembaca mendapat banyak pengajaran, keinsafan serta sewajarnya dijadikan panduan dalam mengharungi penghidupan yang kian mencabar ini.AME FOKUS Publisher (Malaysia) menyediakan bahan-bahan bacaan bagi keperluan pembaca. Memilikki beberapa naskah daripada terbitannya untuk dijadikan santapan rohani kesemua pembaca yang budiman. Bagi keterangan lanjut, pembaca boleh menghubungi penerbit melalui hp 012 526 4406 atau talian 04 - 390 1278. Rujukan secara lebih terperinci boleh didapati daripada amefokuspublisher@gmail.com. Setiap insan yang mencintai Baginda SAW, ikutilah sunnahnya kerana banyak pengajaran di perolehi daripadanya.




Saturday, 14 September 2013

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEPIMPINAN MUHAMMAD SAW DIKAGUMI...




MUHAMMAD SAW hanya memikirkan tentang Islam. Fokus utama kepimpinan Baginda SAW bahawa Islam mesti ditegakkan walaupun terpaksa berkorban. Bagi merealisasikannya, Baginda SAW telah memperlihatkan kepimpinan yang unggul bahawa Islam mempunyai kekuatan sebagai peneraju di dunia ini. Faktor-faktor utama kearah memperkukuhkan Islam kerana:

* cara pemikiran Baginda SAW mengasihi semua insan
* Baginda SAW amat bersabar walaupun menerima celaan yang hebat
* bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dakwah Islam
* mempunyai perancangan yang utuh berpandukan kehendak Allah SWT
* ketahanan diri yang kental
* sentiasa mendidik kearah kebaikan
* amat merendah diri
* melindungi golongan yang daif
* amat bertolak ansur
* menghormati semua golongan
* zuhud dalam hidup
* mengutamakan kesepakatan
* berorganisasi

Dengan ciri-ciri yang kukuh inilah, menjadi benteng utama, Baginda SAW berjuang dan menerajui perjuangan yang suci ini. Dalam buku ini, dicerakinkan elemen-elemen berkenaan untuk tatapan pembaca. Para pembaca yang budiman boleh memilikkinya di semua kedai buku di seluruh negara atau menghubungi penerbit AME FOKUS PUBLISHER di alamat no 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA dengan menghantar bank deraf atau money order ke alamat berkenaan. Harga senaskah cuma berharga RM 17.50 sen sahaja. Sebaik penerimaan, penerbit akan menghantar buku berkenaan kepada pembaca. Ilmu yang ada didunia ini adalah kurniaan Allah SWT dan hambaNya hanya sebagai pelaksana bagi menulisnya bagi tatapan kesemua insan.Ilmu yang Allah SWT berikan semestinya dikongsi bersama. Sekiranya pembaca inginkan keterangan lanjut boleh menghubungi penerbit melalui talian 04 390 1278 atau hp 012 526 4406. Allah SWT Maha Kaya untuk kita terokai ilmuNya, InsyaAllah dan selamat membaca.

KEJUJURAN MUHAMMAD SAW TIADA TANDINGANNYA


DEMI kejujuran yang dtuntut oleh Islam, Muhammad SAW selaku Pesuruh Allah SWT bertekad untuk menjelaskan dan melaksanakannya. Baginda SAW yang patuh dengan perintah-perintah Allah SWT tidak undur kebelakang, walaupun penentangnya tetap memperlekehkannya. Baginda SAW yang diakui kejujurannya sehingga digelar AlSiddiqq, namun penentangnya tetap berpakat untuk menentangnya. Baginda SAW diketawakan ketika Baginda SAW solat di Kaabah dan mereka menyatakan: " sebagai agama baru ke?". Hingga begitu sekali, Namun Baginda SAW yang jujur dengan sesungguhnya tidak pernah putus asa bersama Islam. Golongan yang telah menyembah berhala begitu lama, tidak mahu meneima perubahan walaupun mereka mengetahui Muhammad SAW adalah insan yang jujur. Kejujuran Baginda SAW dalam apa bidang pekerjaan yang dilaksanakan adalah untuk memberi faedah kepada insan lain. Kejujuran ketika berurusniaga yang memikirkan pelanggan merupakan insan yang memerlukannya. Kiranya pelanggan yang sangat memerlukannya, tetapi tiada upaya membayarnya, Muhammad SAW berupaya memberikannya sahaja tanpa bayaranpun, itupun perniagaannya tetap mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda!. Kejujuran berniaga mengikut kaedah Islam yang menjadi tonggak utama Baginda SAW yang berkongsi dengan pelanggan menjelaskan kos, modal dan jangkaan keuntungan merupakan amalan amat baik. Walaupun peniaga laian tetap mengutamakan tamak dan tidak jujur. Baginda SAW begitu jujur dalam penghidupan ini kerana Baginda SAW amat sedar bahawa kesemua harta ini adalah milik Allah SWT dan hambaNya cuma sebagai pelaksana sahaja. Didalam buku ini, pembaca dapat menyingkap kejujuran Muhammad SAW sebagai pelaksana perintah-perintah Allah SWT walaupun sentiasa dicemuh dan dihina. Pembaca boleh memilikkinya di semua kedai buku di seluruh negara atau berhubung terus dengan penerbit AME FOKUS PUBLISHER melalui alamat di No 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA. Pembaca boleh menghantar deraf bank atau money order kealamat berkenaan. Buku ini senaskah cuma berharga RM 16.30 sen sahaja. Setelah penerimaannya, penerbit akan mengemukakan kepada pembaca dengan segera. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh menghubungi melalui talian 04 390 1278 atau hp 012 526 4406. Pembacaan yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya merupakan bacaan unuk penghidupan kita. Penerbit hanya mengumpul dan mengutip sedikit sahaja daripada ilmu yang Allah SWT kurniakan untuk kita kongsi bersama. Selamat membaca, Insya Allah.   

DUGAAN MUHAMMAD SAW BEGITU BANYAK


DUGAAN Muhammad SAW memang begitu banyak sekali. Kalau disusurgalurkan sejak daripada kelahirannya, Baginda SAW telah menerima dugaan  yang dilahirkan tanpa ditemani oleh ayahandanya kerana telah dijemput oleh Allah SWT terlebih awal. Baginda SAW terpaksa menerima dugaan yang begitu sukar kerana tidak sealiran dengan golongan yang menentang Baginda SAW. Dengan ketiadaan harta, Baginda SAW yang disusukan oleh ibu susuan yang terpaksa mengambil Muhammad SAW kerana tiada pilihan lain dan ketika itu telah lahir bahawa harta telah menjadi keutamaan. Pengambilan Muhammad SAW itu rupa-rupanya telah mengubah nasib dan kehidupannya dan penduduk perkampungan tersebut. Setelah Muhammad SAW dewasa, dugaan bertaliarus yang dirasainya. Menjelaskan Islam, bukannya mudah bagi penganut agama yang telah beribu tahun menyembah berhala. Malah cemuhan, hinaan dan nistaan menjadi mainan di kalangan golongan penentang ini yang begitu menyusuk hati Baginda SAW. Namun, Baginda SAW menyerahkan kesemuanya kepada Allah SWT. Dugaan yang dihadapi oleh Baginda SAW digarap dalam buku ini yang menjadi liku-liku hidup Muhammad SAW menjadikan kita banyak menginsafinya. Pembaca boleh memilikkinya daripada kedai-kedai buku di seluruh negara ataupun berhubung terus dengan penerbit AME FOKUS PUBLISHER, dialamat no 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA dengan menghantar bank deraf atau money order ke alamat berkenaan. Harga senaskah cuma RM 15.90 sen sahaja. Setelah penerimaannya, penerbit degan segera mengemukakan naskah berkenaan. Pembaca dapat menghayati kepayahan dan dugaan Baginda SAW ini. Sekiranya, pembaca mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi penerbit melalui talian  04 390 1278 atau hp no 012 526 4406. Ilmu yang Allah SWT kurniakan semestinya dikongsi bersama bagi faedah bersama, Insya Allah.    

KENAPAKAH MUHAMMAD SAW MELAKSANAKAN AMANAH ALLAH SWT



MEMANG sukar untuk melaksanakan amanah. Insan yang jujur, telus, sanggup menerima pelbagai tekanan dan kesukaran. Bukan semudah yang dijangka. Namun, Baginda SAW tetap akur dan bersedia dengan amanah ini. Tanpa merasai tekanan, bebanan dan kegusaran. Amanah yang Allah SWT pikulkan kepada Baginda SAW diterima dan dijelaskan kepada umatnya walaupun terpaksa menerima pelbagai tohmahan dan ejekan yang berpanjangan. Amanah untuk berlaku adil, amanah supaya melaksanakan perintah-perintah Allah SWT, menjelaskan pentingnya amanah supaya menjelaskan hutang, amanahnya menjelaskan semasa berurus niaga  iaitu semasa membuat timbangan yang adil, tidak tamak semasa berjual-beli, bersifat kasihan belas kepada golongan yang lemah, miskin, daif serta sentiasa mengamalkan hidup bertolak ansur.  Bagi masyarakat yang mementingkan kekayaan, kekuasaan, pengaruh serta mahu dipandang mulia, golongan ini tidak menyukai ajaran  yang dibawa oleh Baginda SAW yang merupakan perintah Allah SWT. Melalui penjelasan yang dijelaskan oleh Baginda SAW, Pesuruh Allah SWT ini tetap sabar yang merupakan tonggak utama Muhammad SAW menegakkan amanah yang suci ini.

Bagi menghayati amanah yang tidak pernah kunjung padam ini, pembaca oleh memilikkinya di kedai-kedai buku di seluruh negara yang hanya berharga RM 16.90 sen sahaja. Pembaca juga boleh berhubung dengan penerbit dengan menghantar money order atau bank deraf kepada AME FOKUS PUBLISHER di alamat no 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA. Setelah penerimaan, penerbit dengan segera menghantar kepada pembaca. Segala ilmu yang sedikit yang Allah SWT kurniakan ini, sewajarnya kita pekembangkan untuk pengetahuan semua bagi faedah bersama, InsyaAllah.    

SETAKAT MANAKAH KEBERANIAN MUHAMMAD SAW MENEGAKKAN ISLAM



TIADA insan yang berani sebagaimana Muhammad SAW dalam mempertahankan Islam. Baginda SAW mara ke hadapan yang berupaya mengetaui beberapa ketumbukan tentera untuk menghalang musuh-musuh Islam. Baginda SAW tiada mempunyai kegelisahan kerana dirinya hanya untuk Allah SWT semata-mata. 
" Ini kerana hidupku hanya untuk Islam."  Itulah luahkan Baginda SAW. Keberanian Muhammad SAW menjelaskan Israk dan Mikraj kepada golongan jahilah yang merupakan perjalanan terpilih untuk menemui Allah SWT diketawakan oleh golongan penentang, walaupun segala pertanyaan dan gambaran sejelas-jelasnya diberikan oleh Baginda SAW ini. Keberanian Baginda SAW berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang sentiasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk melemahkan Baginda SAW melalui hinaan yang berpanjangan, menyatakan Muhammad SAW kehilangan zuriat, menyatakan Baginda SAW berasal dari golongan yang sentiasa bergaduh dalam keluarga dan pelbagai lagi. Kesemua tohmahan itu bertujuan untuk melemahkan Baginda SAW. Tetapi dengan keunggulan dan keberanian Muhammad SAW  bahawa Allah SWT tetap bersamanya, Islam tetap unggul. 

Melalui pembacaan di buku ini, anda selaku pembaca dapat menghayati keberanian Baginda SAW ini. Senaskah hanya berharga RM 15.90 sen sahaja yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku seluruh negara. Anda juga boleh berhubung terus dengan penerbit AME FOKUS PUBLISHER dengan menghantar bank deraf atau money order kepada penerbit di alamat no 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA. Dengan penerimaan tersebut, penerbit dengan segera akan menghantar naskah tersebut kepada pembaca yang budiman. Milikkilah senaskah buku ini bagi menjadikan ianya sebagai penghayati keberanian Pesuruh Allah SWT yang agung ini yang menghambakan dirinya terhadap Islam. InsyaAllah, anda memperolehi banyak faedah daripadanya.    

MUHAMMAD SAW ADALAH PEJUANG ISLAM SEJATI



NILAI sebenarnya pejuang sejati adalah kerana Islam. Itulah hakikat sebenarnya Baginda SAW dalam kehidupannya. Pejuang Islam sejati ini tidak pernah luntur semangat juangnya. Ini kerana Baginda SAW berkeupayaan dan istiqamak dalam perjuangan yang suci ini. Bukan mudah baginya tetapi Baginda SAW berupaya kearah itu, kerana kekuatan Baginda SAW adalah :

* kekuatan dirinya
* kekuatan emosi
* tabah dalam perjuangan
* berhati mulia yang tidak mempunyai prasangka
* sentiasa menghormati orang dan pihak lain walaupun berlainan pendapat
* tidak sombong dan ego
* memberi petunjuk dan panduan
* rasa insaf
* menolak kejahatan dengan kaedah paling lembut
* bertanggungjawab
* berprinsip

Melalui pembacaan ini, pembaca dapat mengetahui nilai perjuang Islam yang sekati ini yakni Baginda Muhammad SAW. Buku ini boleh diperolehi di mana-mana kedai buku di seluruh negara dengan harga cuma RM 16.30 sen sahaja. Pembaca juga boleh berhubung dengan penerbit di alamat AME FOKUS PUBLISHER di alamat no 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA. Pembaca boleh menghantar dengan menggunakan deraf bank atau money order kepada AME FOKUS PUBLISHER. Setelah penerbit menerimanya, penerbit menghantar buku berkenaan kepada pembaca dengan segera. Gunakan kesempatan kita semasa hidup yang hanya kita ini seolah-olah pengembara yang berhenti diperjalanan sahaja;menghayati sikap Pejuang Islam yang sejati ini yakni Muhammad SAW sebagai idola kita. Penerbit amat mengalu-alukan tambahan pembacaan dari anda semua. 

CANTIKNYA TAWAKAL MUHAMMAD SAW MELAKSANAKAN PERINTAH-PERINTAH ALLAH SWT



Kini telah tiba masanya, pembaca perlu memilikki bahan bacaan yang bermutu, lebih memahami mengenai Baginda SAW serta perjalanan hidup Baginda SAW. AME FOKUS PUBLISHER telah melahirkan buku bacaan ini yang menghuraikan betapa hebatnya tawakal Muhammad SAW melaksanakan segala perintah Allah SWT. Tidak berupaya kita membayarnya. Melalui tawakal Baginda SAW bahawa Islam adalah segala-galanya dan mesti ditegakkan walaupun terpaksa melalui pelbagai kepayahan dan dugaan yang terus-menerus dari golongan yang menentangnya.Hasilnya, daripada tawakalnya Bagnda SAW, kini, Islam telah menjadi pegangan jutaan umat di dunia ini. Tetapi, adakah kita terbayang akan kesulitan, kepayahan, dan kesusahan Baginda SAW?. Penerbit AME FOKUS menghasilkan buku ini yang digarap untuk pembaca sekalian bagi memberi kefahaman dan keinsafan kita bagaimana kepayahan Baginda SAW menanganinya dan tawakalnya Baginda SAW hingga Islam kukuh dan cemerlang walaupun tentangan tetap berterusan sehingga akhir zaman. Perolehilah buku yang berfaedah ini bagi pembacaan anda. Buku ini hanya berharga RM 16.30 sahaja yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku  diseluruh negara ataupun terus berlanggan dengan penerbit dengan menghantarkan draf bank atau money order kepada Penerbit AME FOKUS PUBLISHER, di No 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG, MALAYSIA. Setelah penerimaan tersebut, penghantaran segera akan dihantar oleh penerbit kepada para pembaca. InsyaAllah, ilmu yang diperturunkan oleh Allah SWT kepada hambaNya tetap memberi faedah dan impak yang tinggi dalam hidup ini.