DUGAAN Muhammad SAW memang begitu banyak sekali. Kalau disusurgalurkan sejak daripada kelahirannya, Baginda SAW telah menerima dugaan yang dilahirkan tanpa ditemani oleh ayahandanya kerana telah dijemput oleh Allah SWT terlebih awal. Baginda SAW terpaksa menerima dugaan yang begitu sukar kerana tidak sealiran dengan golongan yang menentang Baginda SAW. Dengan ketiadaan harta, Baginda SAW yang disusukan oleh ibu susuan yang terpaksa mengambil Muhammad SAW kerana tiada pilihan lain dan ketika itu telah lahir bahawa harta telah menjadi keutamaan. Pengambilan Muhammad SAW itu rupa-rupanya telah mengubah nasib dan kehidupannya dan penduduk perkampungan tersebut. Setelah Muhammad SAW dewasa, dugaan bertaliarus yang dirasainya. Menjelaskan Islam, bukannya mudah bagi penganut agama yang telah beribu tahun menyembah berhala. Malah cemuhan, hinaan dan nistaan menjadi mainan di kalangan golongan penentang ini yang begitu menyusuk hati Baginda SAW. Namun, Baginda SAW menyerahkan kesemuanya kepada Allah SWT. Dugaan yang dihadapi oleh Baginda SAW digarap dalam buku ini yang menjadi liku-liku hidup Muhammad SAW menjadikan kita banyak menginsafinya. Pembaca boleh memilikkinya daripada kedai-kedai buku di seluruh negara ataupun berhubung terus dengan penerbit AME FOKUS PUBLISHER, dialamat no 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA dengan menghantar bank deraf atau money order ke alamat berkenaan. Harga senaskah cuma RM 15.90 sen sahaja. Setelah penerimaannya, penerbit degan segera mengemukakan naskah berkenaan. Pembaca dapat menghayati kepayahan dan dugaan Baginda SAW ini. Sekiranya, pembaca mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi penerbit melalui talian 04 390 1278 atau hp no 012 526 4406. Ilmu yang Allah SWT kurniakan semestinya dikongsi bersama bagi faedah bersama, Insya Allah.






0 comments:
Post a Comment