TIADA insan yang berani sebagaimana Muhammad SAW dalam mempertahankan Islam. Baginda SAW mara ke hadapan yang berupaya mengetaui beberapa ketumbukan tentera untuk menghalang musuh-musuh Islam. Baginda SAW tiada mempunyai kegelisahan kerana dirinya hanya untuk Allah SWT semata-mata.
" Ini kerana hidupku hanya untuk Islam." Itulah luahkan Baginda SAW. Keberanian Muhammad SAW menjelaskan Israk dan Mikraj kepada golongan jahilah yang merupakan perjalanan terpilih untuk menemui Allah SWT diketawakan oleh golongan penentang, walaupun segala pertanyaan dan gambaran sejelas-jelasnya diberikan oleh Baginda SAW ini. Keberanian Baginda SAW berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang sentiasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk melemahkan Baginda SAW melalui hinaan yang berpanjangan, menyatakan Muhammad SAW kehilangan zuriat, menyatakan Baginda SAW berasal dari golongan yang sentiasa bergaduh dalam keluarga dan pelbagai lagi. Kesemua tohmahan itu bertujuan untuk melemahkan Baginda SAW. Tetapi dengan keunggulan dan keberanian Muhammad SAW bahawa Allah SWT tetap bersamanya, Islam tetap unggul.
Melalui pembacaan di buku ini, anda selaku pembaca dapat menghayati keberanian Baginda SAW ini. Senaskah hanya berharga RM 15.90 sen sahaja yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku seluruh negara. Anda juga boleh berhubung terus dengan penerbit AME FOKUS PUBLISHER dengan menghantar bank deraf atau money order kepada penerbit di alamat no 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA. Dengan penerimaan tersebut, penerbit dengan segera akan menghantar naskah tersebut kepada pembaca yang budiman. Milikkilah senaskah buku ini bagi menjadikan ianya sebagai penghayati keberanian Pesuruh Allah SWT yang agung ini yang menghambakan dirinya terhadap Islam. InsyaAllah, anda memperolehi banyak faedah daripadanya.






0 comments:
Post a Comment