Saturday, 14 September 2013

KENAPAKAH MUHAMMAD SAW MELAKSANAKAN AMANAH ALLAH SWT



MEMANG sukar untuk melaksanakan amanah. Insan yang jujur, telus, sanggup menerima pelbagai tekanan dan kesukaran. Bukan semudah yang dijangka. Namun, Baginda SAW tetap akur dan bersedia dengan amanah ini. Tanpa merasai tekanan, bebanan dan kegusaran. Amanah yang Allah SWT pikulkan kepada Baginda SAW diterima dan dijelaskan kepada umatnya walaupun terpaksa menerima pelbagai tohmahan dan ejekan yang berpanjangan. Amanah untuk berlaku adil, amanah supaya melaksanakan perintah-perintah Allah SWT, menjelaskan pentingnya amanah supaya menjelaskan hutang, amanahnya menjelaskan semasa berurus niaga  iaitu semasa membuat timbangan yang adil, tidak tamak semasa berjual-beli, bersifat kasihan belas kepada golongan yang lemah, miskin, daif serta sentiasa mengamalkan hidup bertolak ansur.  Bagi masyarakat yang mementingkan kekayaan, kekuasaan, pengaruh serta mahu dipandang mulia, golongan ini tidak menyukai ajaran  yang dibawa oleh Baginda SAW yang merupakan perintah Allah SWT. Melalui penjelasan yang dijelaskan oleh Baginda SAW, Pesuruh Allah SWT ini tetap sabar yang merupakan tonggak utama Muhammad SAW menegakkan amanah yang suci ini.

Bagi menghayati amanah yang tidak pernah kunjung padam ini, pembaca oleh memilikkinya di kedai-kedai buku di seluruh negara yang hanya berharga RM 16.90 sen sahaja. Pembaca juga boleh berhubung dengan penerbit dengan menghantar money order atau bank deraf kepada AME FOKUS PUBLISHER di alamat no 1650, Jalan Kubang Semang, Bukit Merah, Seberang Prai Tengah, 13500 Permatang Pauh, PULAU PINANG,MALAYSIA. Setelah penerimaan, penerbit dengan segera menghantar kepada pembaca. Segala ilmu yang sedikit yang Allah SWT kurniakan ini, sewajarnya kita pekembangkan untuk pengetahuan semua bagi faedah bersama, InsyaAllah.    

0 comments:

Post a Comment